Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan Negara telah memuktamadkan garis panduan pengurusan pembukaan semula prasekolah.
Ketiga-tiga kementerian dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat memaklumkan garis panduan itu disediakan dengan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.