Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius kedai gunting rambut dan salun yang masih belum mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow walaupun kadar pematuhan meningkat berbanding hari pertama, sehingga Isnin ia hanya mencecah 85 peratus.