Dua pekerja petrol pam melecur di bahagian kaki dalam insiden kebakaran melibatkan tangki simpanan petrol bawah tanah sebuah Stesen Minyak Mini Smart di Jalan Felda Trolak Utara, Sungkai pada lewat Sabtu.
Menurut jurucakap JBPM Perak, mangsa Nor Azizan, 43 tahun, melecur di bahagian kaki kanan sementara Mohamad Hazarul Azwan, 30 tahun, melecur di kedua-dua kaki.