Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau barkait pendakwaan rasuah dan penggubahan wang haram Tan Sri Musa Aman. Selepas beberapa kali usaha mendapatkan penjelasannya dibuat, Abdul Gani menghubungi semula Astro AWANI. Namun, beliau hanya memberi reaksi ringkas.