Semalam PDRM mengenakan 148 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 283,677 kenderaan.
PDRM juga telah menahan 33 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB. Daripada jumlah itu, seramai 30 individu direman manakala 3 individu dijamin polis.