Sejak pelaksanakan PKPB telah banyak peringatan dikeluarkan pihak berkuasa supaya tiada pergerakan rentas negeri dilakukan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Namun, masih ada yang tidak mengendahkan peringatan berkenaan dengan mencipta pelbagai alasan untuk melakukan pergerakan.
Situasi itu juga berlaku di Terengganu.
Laporan lanjut bersama wakil Astro AWANI Terengganu Nur Fazlizai Ali yang melakukan tinjauan di pintu sempadan Hulu Terengganu di mana banyak cubaan untuk merentas sempadan dilaporkan semasa musim perayaan.