Setakat ini, tiada lagi kes yang melibatkan pelajar warga asing di Univerisiti tempatan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Oleh itu, tindakan mengasingkan dan menyaring pelajar-pelajar berkenaan tidak diperlukan.
Beliau turut menggalakkan orang ramai memuat naik ketiga-tiga aplikasi kerajaan persekutuan, MySejahtera, MyTrace dan Gerak.my.