Hanya aktiviti keagamaan dibenarkan untuk rumah ibadat bukan Islam dan ia hanya bermula 10 Jun nanti.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan sebuah kuil menganjurkan upacara perkahwinan seperti yang tular pada Ahad jelas melanggar keputusan dibuat kerajaan.