Sehingga 23 Mei 2020 jam 12 tengah hari, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7 ribu 185 kes.
Daripada jumlah itu, 48 kes baharu dicatatkan melibatkan empat kes import.
manakala 44 kes adalah penularan tempatan di mana 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) kebangsaan, terdapat tiada kes kematian direkodkan.