Kerajaan negeri perak mengumumkan pakej rangsangan ekonomi fasa dua yang menyediakan peruntukan lebih RM71 juta untuk mengharungi krisis penularan wabak COVID-19.
Sektor peniagaan menerima peruntukan paling tinggi iaitu RM18.3 juta diikuti sektor pertanian RM15.5 juta, pelancongan RM10.8 juta dan pendidikan dan modal insan RM10.8 juta.
Sektor pendidikan dan modal insan pula menerima peruntukan RM9.5 juta, kebajikan dan sosial RM1.4 juta di samping diskaun cukai tanah RM15.4 juta.