Caj kuarantin hotel bermula 1 Jun 2020

AWANI 2022-03-19

Views 0

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020.

Bagi Warganegara Malaysia diminta membayar 50 peratus daripada kadar penuh hotel RM150 yang dikenakan manakala bukan warganegara termasuk pemastautin tetap akan dikenakan caj hotel sepenuhnya.

Share This Video


Download

  
Report form