Terdapat 927 kes COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Sri Petaling, menjadikan jumlah kes yang melibatkan kluster berkenaan sebanyak 3,347, iaitu 48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.