Garis panduan bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah tersedia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya kini sedang dalam proses mengemukakan cadangan itu kepada Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis Raja-Raja dan pihak berkuasa negara.