Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menyerahkan kepada hotel untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kluster Kayangan di Sarawak yang merosakkan peralatan dalam bilik hotel ketika dikuarantinkan.
Beliau menegaskan, tiada siapa pun yang boleh terkecuali daripada mematuhi peraturan yang ditetapkan hotel ketika menginap.