Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan mewah yang menggunakan peralatan teknologi tinggi selepas menahan dua lelaki dalam sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Jawi, Pulau Pinang 19 April lalu.
Dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun dengan salah sorang menggunakan gelaran datuk palsu ditahan selepas pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol palsu dan peralatan mencuri kenderaan di dalam kereta Toyota Velfire yang dinaiki mereka.