Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19, 170 masih dalam siasatan, 24 telah didakwa dan 13 telah mengaku bersalah. Beliau mengingatkan bahawa individu atau pihak yang kongsi berita palsu juga boleh diambil tindakan tegas oleh PDRM dan SKMM.