Waktu krisis yang genting menyerlahkan sisi terbaik setiap manusia. Di Malaysia, pelbagai pihak tampil untuk menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada petugas kesihatan di barisan hadapan. Kami berlintas langsung bersama Jurais Abdullah, Pengerusi Majlis Pengakap Kelana Negara bagi menceritakan inisiatif pasukan pengakap untuk menghasilkan sendiri topeng perisai muka (face shield) dan mengedarkan lebih 25,000 unit kepada hospital di seluruh negara.