Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menguatkuasakan skim kawalan harga barangan maksimum bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 April 2020 bagi mengawal harga barang dan memastikan barangan keperluan mencukupi.
Kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KPDNHEP sentiasa memantau 25 bekalan makanan kering, segar, serta barangan kebersihan melalui pemeriksaan harian.