#AWANIJr: Imam dan Bilal cilik dari Terengganu

AWANI 2022-03-18

Views 1

SMK Banggol, Kemaman, Terengganu merupakan salah sebuah sekolah yang mewajibkan solat zohor berjemaah. Apa yang istimewanya SMK Banggol ini ialah di mana pihak sekolah mendidik dikalangan pelajar sebagai Imam dan bilal. Imam dan Bilal ini merupakan pelajar yang terpilih. Pihak Panitia Pendidikan Islam diketuai oleh Ustaz Abdul Halim Siddiq Mohamad Kamal, mewujudkan jawatankuasa Imam dan Bilal dimana pelajar yang dipertanggungjawabkan mengalunkan azan apabila setiap kali masuk waktu zohor. Imam juga mempunyai jadual tersendiri untuk mengimamkan solat zohor berjemaah. Solat berjemaah ini diadakan setiap hari waktu persekolahan. Saksikan liputan lanjut bersama adik Afiq Danial Mohd Sifian 16, dengan bersama kru tv pss iaitu BASES NEWS TV .Jom saksikan bersama-sama.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Share This Video


Download

  
Report form