Polis Selangor buka 144 kertas siasatan penipuan jual topeng muka

AWANI 2022-03-18

Views 0

Polis Selangor membuka 144 kertas siasatan penipuan penjualan topeng muka secara dalam talian membabitkan jumlah kerugian kira-kira RM1.5 juta dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, setakat Ahad polis berjaya menahan 20 individu dipercayai terlibat dalam jenayah itu.

Share This Video


Download

  
Report form