Kepadatan penduduk yang tinggi dan peralatan perubatan bagi merawat COVID-19 yang tidak mencukupi di palestin memberi ancaman kepada kira kira 2 juta penduduk di Gaza.
Menurut Pengasas Bersama Pusat Kajian Inisiatif Strategik Palestin Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, ketika ini penularan wabak berkenaan lebih membimbangkan penduduk Gaza berbanding ancaman Zionis.