Tiada masalah bekalan makanan dalam kalangan masyarakat orang asli di seluruh negara dilaporkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.
Selain dapat menyesuaikan diri berdepan PKP, tindakan segera pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menghulurkan bantuan dalam menjaga kebajikan orang asli.