Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diberi peruntukan tambahan RM500 juta bagi membiayai pembelian peralatan perubatan, dalam usaha menangani impak wabak COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan RM100 juta khusus untuk pelantikan 2,000 kakitangan baharu kkm secara kontrak.