Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba maklumkan satu mesyuarat khas berkaitan penularan COVID-19 akan diadakan dalam satu pertemuan bersama Perdana Menteri hari ini. Ia turut melibatkan Kementerian Pertahanan.
Pertemuan itu, menurut beliau, bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menangani COVID-19.