Sebanyak 190 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan setakat 12 tengah hari Ahad menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba kes baharu yang dikenal pasti itu mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.