Harapan rakyat untuk melihat hukum hudud dan kisas terlaksana di Kelantan mungkin cerah selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang).
Jika sebelum ini, Rang Undang-Undang persendirian 355 gagal dibahaskan di Parlimen berikutan perubahan kerajaan, namun kali ini kerajaan Kelantan berpeluang untuk berbuat demikian.