Barisan Nasional (BN) mencalonkan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.
Saarani ketika ditemui media di perkarangan Istana Kinta berkata, beliau telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum surat yang diutuskan dari Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.