Pengganti Ketua Pesuruhjaya SPRM atau Peguam Negara menerusi Parlimen

AWANI 2022-03-18

Views 0

Pengganti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Peguam Negara perlu dilantik menerusi temuduga oleh Jawatankuasa Parlimen.

Bekas Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar, berkata, ia bagi memastikan integriti kedua-dua jawatan berkenaan.

Selebihnya, ia perlu untuk memastikan ketelusan pendakwaan oleh SPRM yang telah dibuktikan oleh beberapa pendakwaan kes-kes rasuah berprofil tinggi yang sedang berlangsung sekarang.

Share This Video


Download

  
Report form