Adakah Pelan Rangsangan Ekonomi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri interim itu sah? Kerana terdapat beberapa persoalan yang menyatakan bahawa pelan tersebut perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada sidang Parlimen.
Jelas Dr Muhammad Khalid, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Interim, ia boleh dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir kerana perintah kerajaan negeri negeri persekutuan telah diubah dan pada masa sama pelan itu hanya perlu dibawa ke parlimen sekiranya ia merupakan bajet tambahan.