Seramai 143 penumpang kapal persiaran mewah MS Westerdam yang memasuki Malaysia selepas berlepas dari Kemboja disahkan melepasi saringan dan tidak bergejala COVID-19.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 137 telah meneruskan perjalanan, sementara enam masih menunggu penerbangan sambungan ke destinasi masing-masing.