Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera di Nakhon Ratchasima pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata dalam entri terbaharu di akaun Facebook rasminya hari ini, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat.