Pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, PPSMI perlu melalui penelitian lebih mendalam dan menyeluruh berlandaskan latar belakang pendidikan negara sebelum ianya boleh dilaksanakan.
Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berpendapat sekiranya PPSMI ingin terus dilaksanakan ianya perlu dijadikan “segmen” dalam pengajaran.