Polis akan mendapatkan keterangan ibu bapa kepada dua kanak-kanak perempuan yang terjatuh dari tingkat empat kuarters guru di Gombak pada Selasa yang menyebabkan seorang daripada mereka maut bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe masa ini pihaknya memberi ruang kepada pasangan itu untuk mengendali urusan pengebumian terlebih dahulu.