Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Pagoh selepas tidak dicabar sehingga pencalonan ditutup 2 petang Ahad.
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal yang mengemukakan pencalonan bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pagoh turut menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.