Singapura sahkan kes import keempat jangkitan koronavirus Wuhan di republik itu.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam satu kenyataan, berkata, kes keempat itu membabitkan seorang lelaki warga China berumur 36 tahun dari Wuhan yang tiba bersama keluarganya di Singapura pada 22 Januari.