Seorang kakitangan Perodua, Rawang maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah treler di kilometer 15, Kundang menghala Puncak Alam pagi tadi.
Kemalangan berlaku kira kira jam 7 pagi tadi ketika mangsa, Mohd Firdhaus Hashim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri selepas bertugas syif malam.