Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) gesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menarik balik pelaksanaan ruang khas merokok di tempat awam.
Presiden Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata gabungan badan profesional dan NGO tidak bersetuju dengan penyediaan kawasan merokok tersebut, tambahan lagi peruntukan yang diberikan ialah RM1 juta.