Kira-kira 100 orang murid tahun satu hingga tiga Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu terpaksa menempuhi sesi persekolahan tanpa kemudahan asas.
Sekolah yang terletak di Chabang Tiga itu tiada bekalan elektrik dan air ketika sesi persekolahan yang bermula pagi Rabu.