Seperti sewaktu perayaan lain, mereka yang menyambut Krismas sering pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan tersebut, sekaligus membuatkan kawasan pusat bandar lengang.
Tetapi tidak sedemikian di Kuching, Sarawak. Bandar itu meriah kerana menjadi salah satu pusat sambutan Krismas buat warga Sarawak.