Polis akan mendapatkan pandangan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berhubung percanggahan laporan oleh dua pakar perubatan terhadap bedah siasat anggota bomba yang terkorban dalam insiden rusuhan, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, nasihat kepakaran itu perlu bagi menilai laporan yang dikeluarkan oleh dua pakar perubatan berkenaan.