Pembangunan ekonomi digital dan teknologi dalam memastikan kelestarian ekonomi rantau Asia Pasifik perlu diambil kira sebagai hala tuju yang bakal menjadi faktor pemboleh ubah yang perlu dipertimbang 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam membuat keputusan pada November 2020.
Pengerusi Mesyuarat Kanan APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob berkata agenda utama ini menjadi hala tuju serta tunjang utama persidangan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dan Putrajaya tahun depan.