Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia tercedera dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand pada Isnin.
Kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch.