Sindiket dadah tumpas, suami isteri antara ditahan

AWANI 2022-03-17

Views 0

Polis menumpaskan sindiket memproses dadah didalangi warga tempatan berikutan tangkapan lima ahli sindiket dalam serbuan di sebuah rumah di Kepala Batas Pulau Pinang.

Serbuan pada 4 Disember lepas, lima individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bersama pelbagai dadah jenis heroin, kafein dan pil eramin 5 dianggarkan bernilai lebih RM355,710 serta 121 butir peluru hidup.

Share This Video


Download

  
Report form