Dewan Rakyat pada Khamis menzahirkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah yang akan bersara pada Februari tahun hadapan.
Rosmee adalah Setiausaha Dewan Rakyat ke-12 dan dijadualkan bersara wajib selepas berkhidmat selama 19 tahun bagi jawatan itu sejak 26 Disember 2007.