Ketua jurulatih skuad bawah-22 tahun (B22) negara, Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan pemain paling bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019, Muhammad Safawi Rasid untuk saingan Sukan SEA kali ini.
Keputusan tersebut dibuat bagi merehatkan penyerang muda itu yang telah mengharungi banyak perlawanan tahun ini bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya.