Biro Politik Keadilan masih menunggu penjelasan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuannya bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional pada Isnin lalu.
Ia berikutan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Parti yang diadakan di Parlimen pada Rabu malam.