Kerajaan dicadang menghapuskan sebarang monopoli dalam kemasukan tenaga buruh warga Bangladesh di negara ini.
Demikian tegas Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Dalam Negeri Warga Asing Malaysia KDM Datuk Seri P Thiagaraja.
Walaupun Malaysia dan Bangladesh masih dalam peringkat perbincangan melaksanakan sistem baharu, tetapi kerajaan perlu tegas memastikan pendekatan berbeza berbanding sistem permohonan pekerja asing SPPA yang dimansuhkan September lalu.