Produk kraf Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) menawarkan pelbagai pilihan kepada agensi kerajaan, swasta, perhotelan, pemain industri pelancongan untuk dijadikan cenderamata.
Pengarah Kanan Bahagian Rekaan dan penyelidikan Kraftangan Malaysia, Yusof Abd Rani menjelaskan, semua produk itu adalah hasil pereka kraf seluruh negara melibatkan lima bidang utama.