Seorang lelaki warga Singapura ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian badan yang dipotong dan dibuang ke dalam semak di kawasan perindustiran, Krubong berhampiran Kampung Ladang pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim, suspek seorang lelaki Melayu ditahan hasil kerjasama polis Singapura dan kini dalam proses membawa pulang ke negara ini.