Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan dasar baharu seawal tahun depan bagi menguruskan sisa plastik dan pengimportan bahan buangan dengan lebih teratur.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya dalam proses mengkaji dasar berkenaan supaya ia lebih khusus buat industri kitar semula membabitkan bahan berkenaan.